KITA PERLU BANGUN DARI TIDUR!
Selamat menyambut Ramadhan 1431H buat pembaca; sama ada yang memang mengikuti hasil cetusan pemikiran aku ataupun yang secara tidak sengaja melalui blog ini. Blog aku yang satu ini banyak memaparkan pemikiran sebagai Muslim terutamanya bila mana kita berada di tanah air Malaysia ini.
Isu yang lebih serius dan secara terbuka aku banyak luahkan di CAKAP-CAKAP di http://cakapcakap.psychomatix.com. Tetapi, di sini aku ingin lebih menerapkan betapa kita perlu bangkit dari tidur dan menyedari di mana lokasi kita yang sebenarnya di dunia ini. Inilah inner side aku yang juga secara tidak langsung adalah agen FREE OUR MIND.
Kita biasanya lebih banyak SEDAR apabila kita ditimpa kesusahan. Tapi, itu tetap bukan merujuk kepada majoriti kita yang ada di Malaysia ini. Cuma, aku sedikit merasakan kita akan dan sepatutnya lebih banyak SEDAR apabila kita tidak mempunyai apa2 di dunia ini.
Andaikan kita kehilangan kereta, motor, kerja, wang di poket hanya tinggal 50 sen, hutang sewa rumah sudah menjangkau bulan yang kedua dan sebagainya. Inilah situasi yang menjerat kita dan situasi sebegini boleh membuatkan kita hilang akal. Mungkin dengan lebih tepat lagi ialah kita jadi buntu dan hilang banyak pertimbangan.
Di sinilah kita mula ditanam dengan rasa PANIK.
Kita mula menyedari kita sudah tidak bernilai lagi untuk hidup. Kebanyakan yang kehilangan CINTA SANG KEKASIH atau DIISYTIHAR BANGKRAP mula memilih jalan suicide sebagai OPTION 1. Selebihnya, hanya mengharap mendapat ihsan dari masyarakat atau sekurang-kurangnya rakan2 terdekat. Tapi, agak susah untuk hasrat sebegitu dipenuhi.
Baiklah. Andaikan yang positif. Suicide bukanlah jalan pertama yang dipilih – akan tetapi mereka masih rasa tertekan. Ada yang dalam keadaan senang pula, mula mengejek dan mengeji mereka yang kelihatan gagal. Ini juga fenomena biasa. Seperti yang tertera tadi; kebiasaannya kita tidak SEDAR selagi mana kita tidak berada di dalam kesusahan. Sifat superior kepada diri sendiri ini adalah norma manusia. Tapi, sifat itu akan mula pudar bila dilanda musibah.
Hari ini, kita banyaknya diuji dengan ketiadaan WANG.
WANG atau DUIT ini begitu mudah untuk cair. Sekalipun kita ramai yang faham ertikata wang kertas atau matawang yang ada hari ini bukanlah wang sebenar. Ya. Sekiranya anda terkejut dengan konteks ini, sebaiknya anda mula membaca isu ini dari pelbagai sumber. Semuanya mudah diperolehi. Ianya bukan lagi konspirasi atau teori. Ianya sudah lama diperakui sah.
Tapi, walaupun kita tahu ianya begitu; kita tetap mencarinya dan memerlukannya. Kita banyak ditekan dengan isu wang. Isu hutang. Isu perbelanjaan yang tidak mencukupi. Dari masalah duit, datang masalah pendidikan, barang asas untuk hidup seperti makan dan minum, masalah pengangkutan ke sana ke mari serta masalah kesihatan.
Sebenarnya, ada pihak yang begitu gembira dan mengaut keuntungan hasil dari perbelanjaan yang kita aktifkan setiap hari itu. Kita ini adalah goyyim bagi mereka. Insan2 di lapisan paling bawah dalam masyarakat yang tidak tahu apa2. Sekalipun kita berprofesion sebagai doktor, bos kedai mamak, pelajar IPTA ataupun apa saja profesion kita namun selagi kita menggunakan wang ringgit ini untuk muamalat; tiada apa yang membezakan kita. Dengan not seringgit di tangan, kita masih kekurangan untuk memiliki sekeping murtabak tetapi hanya cukup untuk mendapatkan akhbar SINAR HARIAN.
Seandainya kita insan paling bijak di dunia ini dan peniaga tersebut adalah yang paling kurang bijak, mungkin kita mampu menipunya dan mengatakan not seringgit itu adalah not sepuluh ringgit dan kita mampu membeli murtabak yang berharga RM 2. Malah, dengan sedikit lagi baki RM 8. Bukankan itu menarik?
Tetapi, itu banyak dinafikan oleh kebanyakan pemikir yang berada dalam lingkungan tempurung 'penipu besar'. Wang yang kita ada ini dengan perbelanjaan ini tidak ubah seperti wang dan permainan SAIDINA itu sendiri.
Yang paling banyak memiliki wang dan harta adalah banker. Kita hanya dibekalkan dengan sedikit wang yang walau macam mana pun tidak akan mampu menandingi harta banker. Kita dipaksa untuk membeli berbagai item yang ditawarkan ataupun kita akan kerap kali membayar caj paksa yang dikenakan ke atas kita akibat masuk ke tapak orang lain. Mungkin perkara terbaik ialah semua pemain tidak langsung membeli apa2 yang ditawarkan banker. Tetapi, kita masih dipaksa untuk membayar apabila kita secara paksa disuruh masuk ke penjara walaupun kita tidak membuat apa2 kesalahan? Sounds familiar kan?
Malah, kita sentiasa dibekalkan dengan HOPE yang mungkin akan menambahkan sumber kewangan. Mungkin kita akan diberi wang atau juga dipaksa memberikan wang. Semuanya berjudi nasib di situ.
Itulah hakikat permainan SAIDINA, malah juga hakikat kehidupan sebenar kita.
Kita dibekalkan dengan wang yang sedikit. Wang yang dibekalkan juga adalah wang tipu sama seperti wang SAIDINA. Cuma mungkin wang ringgit ini dicetak di kilang yang lebih baik dan dicetak di kedua belah bahagian. Tapi, 'fiat money' ini adalah wang tipu. Nilainya dipaksakan ke atas kita tanpa kita sedari.
Sunnah Rasul junjungan kita mengatakan DIRHAM dan DINAR itu adalah wang sebenar. EMAS dan PERAK itulah yang lebih benar. Lebih baik untuk digunakan. Tetapi, apabila KELANTAN menganjurkan penggunaan DINAR dan DIRHAM, ia dikecam. Mungkin ada pula yang mengatakan itu dan ini dan memperlecehkan keinginan untuk mengamalkan Sunnah Rasul yang sama bagi Muslim di KELANTAN atau di KUALA LUMPUR. Tiada pula perbincangan untuk bagaimana kita boleh memperkenalkan penggunaan DINAR dan DIRHAM ini sekalipun hanya di KELANTAN.
Ini sebenarnya adalah kerana kebanyakan dari kita sedang berada di dalam PENJARA. Dan PENJARA ini bukan baru. Ianya sudah bertahun-tahun. Kita boleh anggarkan sekurang-kurangnya pun sudah mencapai 53 tahun yang mana sama usianya dengan KEMERDEKAAN MALAYSIA.
Kurang2 pun kita sudah berada dalam penjara ini selama 53 tahun. Bayangkan kita dipenjara selama 5 tahun ataupun 2 bulan di Penjara Kajang. Ianya menyeksakan.
Tapi, kita pula sudah biasa berada di dalam PENJARA ini. Malah, wujud ramai penghuni penjara ini yang bijak2 pula untuk mengajar bagaimana untuk hidup dalam penjara. Credit card diperlukan untuk hidup dalam penjara ini. Keuntungan perlu sentiasa dibuat dengan interest di sana sini untuk hidup. Wang adalah sangat penting dalam penjara banker ini.
Jalan terkahir untuk keluar dari penjara ini adalah mati kerana yang disahkan mati akan dikuburkan di LUAR PENJARA. Tiada tanah perkuburan di dalam penjara.
Adakalanya, kita mula sedar sedikit sebanyak apabila tiada pegawai warden yang berdiri atau lalu berdekatan perbualan kita bersama rakan. Tiada pegawai yang memantau apa yang kita baca. Tiada lampu spotlight yang menyuluh ke bilik kecil kita. Tetapi, kemudiannya apabila kita kembali bergerak di dalam penjara ini – kita dikawal semula. Kita kelihatan janggal sekiranya kita tidak turut serta dalam apa yang orang lain lakukan.
Oleh kerana itulah, kita mula berasa biasa apabila anak2 kita menonton dan mengidamkan ingin menjadi salah seorang ahli CHEERLEADER sekolah. Kita berasa biasa apabila melihat artis wanita MUSLIM yang mengucapkan ALHAMDULILLAH kerana lakonannya yang berpakaian seksi di dalam sebuah filem baru mendapat sambutan. Kita pun merasa bangga kerana ialanya juga ditayangkan di luar negara. Kita panggil itu sebagai KEJAYAAN! Rasanya tidak pelik kan?
Bagi yang faham apa yang ingin aku sampaikan sebagai permulaan kepada kupasan2 yang lebih direct selepas ini – baguslah. Sebarkan kepada kawan2 yang lain.
Sebarkan apa? Sebarkanlah bahawa sementara tiada 'pegawai' yang memantau kita – sebarkanlah bahawa kita sudah berada di hujung zaman. Kalau mereka sudah tahu, fahamkan mereka. Tolaklah apa yang muncul di TV.
Bab TV ni ramai yang pernah kata aku gila. Macam mana nak elak tengok TV. Kita ada berita, drama2 tempatan yang memerlukan sokongan dan juga rancangan2 yang memberi kesedaran. Jawapan aku tetap konsisten. Baguslah bagi yang menonton rancangan2 yang positif. Tetapi, apakah nisbahnya rancangan2 yang positif itu berbanding rancangan2 hiburan yang melalaikan?
Apabila kita cakap tentang MELALAIKAN, ianya adalah tentang melalaikan. Seperti yang aku beritahu tadi, bila mana kita tidak dipantau kita mungkin boleh sedar dan bercakap dengan lebih banyak berfikir di luar norma penjara. Tetapi, kebanyakan masa kita telah diatur untuk lebih menurut apa yang telah direka untuk kita. Bangganya kita dengan ANITA SARAWAK. Bangganya kita dengan mereka yang berjaya memenangi IDOL dan SO YOU THINK YOU CAN DANCE. Sehinggakan ada ayah yang menangis kerana ANAK PEREMPUANNYA diperintah tarik diri dari satu pertandingan nyanyian. Menarik sungguh kisah itu.
Maka, marilah kita saling memberitahu dan berpesan kepada semua rakan, sahabat handai kita; berhentilah menonton TV. Ada yang positif seperti siaran berita ataupun rancangan agama, boleh diberi pertimbangan untuk ditonton. Tetapi, kita juga sedar bahawa iklan yang diselitkan di antara rancangan agama itu kadangkala lari dari apa yang menyedarkan kita untuk beberapa minit sebelumnya. Sedang mendengar hukum hakam agama, tiba2 muncul iklan memaparkan keseksian artis tempatan yang mudah kita jumpa di bandar. Rancangannya mungkin 20 minit, tetapi hakikat iklan itu selama seharian. Lebih dari rancangan yang ditonton.
Ksimpulannya, kita harus sedar apa pun yang terjadi ini adalah seperti yang telah dijanjikan. Kita sedang berada di akhir zaman dan kita ditekan dengan pelbagai tekanan. Majoritinya adalah berpunca dari SISTEM KEWANGAN yang penuh dengan penipuan. Kemudiannya, kita kena sedar bahawa semua ini juga kerana kita berada di dalam sebuah penjara yang besar. Kitalah semut2 kecil yang bakal di'spray' dek para ELITE yang sekian lama menunggu untuk menjahanamkan goyyim2 ini, terutamanya MUSLIMIN dan MUSLIMAT.
Akhirnya, bagi yang belum mengenali – ROTHSCHILD dan LODGE2 FREEMASON juga sudah bertapak di Malaysia. Apa yang membuatkan kita lain? Fikirkan ...
0 comments:
Post a Comment
... talk to me ...