HALAL : JAKIM ATAU BUKAN?
Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, hotel-hotel seluruh Malaysia sarat dengan promosi buffet Ramadhan sekalipun halal haram makanan yang disediakan belum dipastikan. Antara yang menjadi soal penting ialah adakah dapur yang menyediakan makanan itu mendapat pengesahan HALAL oleh JAKIM. Kita tidak dapat tidak untuk memastikan makanan hotel yang disediakan itu HALAL kerana bagi kebiasaannya yang mampu untuk makan minum dengan satu set berharga RM 50 ke atas – sudah tentu mampu untuk melayari internet dan memeriksa senarai HALAL di official website JAKIM. Adakah ini tidak rasional?
Senarai terbaru direktori hotel yang mendapat pensijilan HALAL oleh JAKIM sehingga 15 Ogos 2010 boleh dirujuk di sini http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=maklumat_hotel.
“Mencari yang halal itu wajib bagi setiap muslim.” (HR Thabrani)
Bercakap pula tentang soal halal haram – kita juga tidak akan terlepas dari produk-produk yang menimbulkan kesangsian kepada kita tentang pengesahan HALALnya. Penyenaraian produk HALAL ini juga sebenarnya boleh didapati dari website JAKIM sendiri. Begitu juga sekiranya kita ingin mendapatkan penerangan lebih lanjut dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
PPIM boleh dilayari di www.muslimconsumer.org.my dan dihubungi di talian 019 359 1000.
Tidak dinafikan, begitu ramai sekali penggemar Coca-Cola dan Pepsi tapi semuanya mengaku makan dan minum yang HALAL. Mungkin ada yang berani ke depan dan cuba membuktikan betapa HALALnya makanan mereka walaupun tanpa pengesahan HALAL JAKIM. Tapi, ianya bolehlah dkategorikan atas keyakinan sendiri. Cumanya, tidakkah kita mempunyai produk halal sendiri yang juga boleh didapati dari penyenaraian Halal Industry Development Corporation (HDC). Laman web HDC boleh dilayari di http://www.hdcglobal.com.
Begitu juga dengan soal bagaimana keuntungan syarikat-syarikat luar yang produknya menjadi kegilaan kita apabila menjadi penyumbang kepada dana bagi negara haram ISRAEL.
Dipetik dari leaflet PPIM - “Cabaran untuk memilih produk Halal pada ketika ini semakin sukar kerana Halal merangkumi semua aspeknya, dari segi URUSAN, PERNIAGAAN, PRODUK & SALURAN KEWANGANNYA serta lain-lain.”
Antara kriteria-kriteria yang sebolehnya kita pertimbangkan sebelum membeli produk tertentu ialah :
- Tiada logo HALAL JAKIM/Malaysia
- Sijil Halal Palsu/Tidak Diiktiraf/Swasta
- Bukan Syarikat Islam
- Bukan Buatan Malaysia
- Tidak menghormati sensitiviti umat Islam
- Menyalurkan sumbangan kepada YAHUDI dan negara haram ISRAEL
- Menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam
- Barangan Parallel Import (Tidak Halal) dicampurkan dengan barangan halal akan menyebabkan umat Islam tertipu.
Antara produk yang dirayu agar tidak dibeli oleh umat Islam adalah termasuk Colgate dan Darlie. Ini kerana setakat hari ini kedua produk ini masih belum disahkan HALAL oleh JAKIM. Malah, Coca Cola juga sebolehnya tidak lagi dibeli dan menjadi minuman Muslimin Malaysia. Begitu juga dengan Starbucks yang menyalurkan keuntungan terus kepada Israel; begitu juga dengan Old Town White Coffee yang masih mempunyai isu HALAL dalam penyediaan makanannya.
Begitu juga dalam masa yang sama – kita pengguna Islam juga mengharapkan agar para pengusaha SME dan juga yang bernaung di bawah MIHAS agar memperbanyakkan lagi pasaran produk mereka dan mudah dibeli oleh masyarakat. Bergabunglah untuk menerbitkan iklan yang berkualiti di TV setanding dengan produk luar dan janganlah memencilkan diri sesama pengusaha. Dengan itu, terbukalah mata masyarakat serta mudahlah untuk kami mendapatkan produk HALAL.
Amin.

0 comments:
Post a Comment
... talk to me ...