Kehidupan Remaja Kota.
Seorang rakan serumah - sudahpun meninggalkan A 302 dan menuju ke Merbok, Kedah untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang pensyarah fotografi. Pada umur yang leboh muda dari aku - dia sempat aku susuri untuk memahami kehendak dan pandangan seorang yang muda dan belum besar fikirnya.
Aku masih mempunyai seorang rakan muda yang serumah.
2 insan ini aku lihat sentiasa melihat 'tua' itu terletak di atas kejayaan mengumpul sesuatu dalam hidupnya. Ini adalah suatu kebiasaan yang aku kira - sememangnya tidak salah kalau aku katakan pemikiran anak muda yang lahir 1984 dan tahun2 seterusnya selepas itu. Ini kerana mereka tidak sempat melihat kesengsaraan remaja yang sebelum2nya.
Sebab itulah adanya seseorang yg semuda itu mendakwa walaupun dirinya bertindik sana dan sini - ilmu agam dia tetap tahu. Inilah padahnya bila proses remaja itu berjalan dengan kurangnya kasih sayang masyarakat. Masyarakat juga memandang tidak perlu memberi kasih sayang kepada mereka.
Konsep "biarlah ... bukan anak aku pun" terlalu meluas hinggakan tiada lagi yang sanggup memarahi anak2 muda yang berpeleseran di kaki lima bangunan. Sungguh berbeza dengan zaman aku.
Prinsip anak muda hari ini - apa yang mereka lakukan adalah hak mereka dan tidak salah selagi mereka tidak membuat jenayah. Inilah masalahnya bila mereka membawa budaya ini ke alam perkahwinan. Di situlah juga kita akan lihat anak2 kecil yang menjadi tanggungjawab mereka dipakaikan dengan berbagai koleksi fesyen yang tidak mencerminkan akidah. Ada anak lelaki yang ditindik ataupun sekurang2nya dipakaikan subang tiruan - hanya dikepit saja ke telinga.
Inilah yang terjadi kepada remaja hari ini.
Namun apa yang terjadi - tidak juga melupai retua retua yang perasan muda. Ada juga yang sebaya aku memikirkan kesopanan itu hanya fake dan menjaga tutur kata itu fake. Bagi mereka bagaimana mereka bercakap itulah diri mereka dan tidak dpt diubah lagi kerana faktor umur. Bagi mereka selagi makan pakai keluarga dijaga dengan baik - anak2 mereka juga akan menjadi org yang berguna.
Insya Allah - dengan izinNya dan kuasaNya; anak2 mereka ini akan membentuk diri menjadi diri yang berguna. Tetapi harus diingat kita hidup bermasyarakat. Kita bukan seorang diri di dunia. Anak2 kita bukan bersama dengan kita ketika mengambil peperiksaan di kolej mereka. Di mana kita bila mereka melakukan aktiviti sendiri? Mampukah kita memarahi mereka sekiraya lewat pulang sehingga awal pagi keluar bersama rakan2 mereka?
Di sinilah konsep "biarlah" itu menjadi kebanggaan para remaja yang sudah berkahwin hari ini lalu membentuk sebuah keluarga yang tidak jauh beza dengan kehidupan mereka di awal sebelum berkahwin.
Begitu juga dengan 2 rakan ku dan tidak lupa yang seangkatan dengan mereka.
Kalau agama mereka tinggal dan hanya mengatakan mengarut sekiranya ada yang bercakap berkenaan hukum hakam Islam dan seterusnya mereka membuka ilmu pengetahuan mereka untuk mendiamkan masyarakat yang menegur ... nah di sinilah para ibu dan bapa yang masih lagi hidup di zaman ini. Yang berumur 40 ke 60 tahun hari ini - silalah titikberatkan ilmu agama semula dalam kehidupan anak2 mereka sekalipun tidak cukup masa yang ada.
March nanti akan ada penyewa yang baru menggantikan rakan serumahku yang dulu. Dengan usianya yang lebih tua dari aku dan mendakwa seorang engineer di TM - aku sesungguhnya mengharapkan ia bersikap seperti seorang yang lebih tua. Aku tidak mahu sesuatu yang lebih buruk memasuki rumahku ... tidak kira dalam bentuk apa sekalipun.
Ya Allah - sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang ada dalam hatiku!
0 comments:
Post a Comment
... talk to me ...