Pengertian Bacaan Dalam Solat.
Solat.
1. Solat dimulakan dengan Takbir. Allah Maha Besar!
2. Sebelum Al-Fatihah dibacakan Doa Iftitah.
Makna Ayat:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya *** Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang *** Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik *** Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan Sekalian alam *** Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
3. Bacaan Al-Fatihah.
Makna Ayat:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam *** Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani *** Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) *** Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan *** Tunjukilah kami jalan yang lurus *** Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
4. Rukuk.
Makna Ayat:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
5. Bangun Dari Rukuk.
Makna Ayat:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
6. Iktidal (Berdiri Sebelum Sujud).
Makna Ayat:
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
7. Sujud.
Makna Ayat:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
8. Duduk Antara 2 Sujud.
Makna Ayat:
Ya Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
9. Tahiyat Awal.
Makna Ayat:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah *** Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya *** Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh *** Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah *** Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
10. Tahiyat Akhir.
Makna Ayat:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah *** Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya *** Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh *** Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah *** Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya *** Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim *** Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini *** Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
11. Doa Qunut.
Makna Ayat:
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki *** Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan *** Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin *** Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku *** Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan *** Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau *** Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu *** Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi *** Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau *** Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan *** Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau *** Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
salam
ReplyDeletebest post ni.
salam
ReplyDeletemohon halalkan saya copy post kat blog ni
Salam.
ReplyDeleteSelamat datang buat semuanya ... *seNyUm* Saya mengalu2kan kita semua berkongsi ilmu dan pengetahuan yang baik untuk kita ambil iktibar atau mempelajari sesuatu demi berbuat kebaikan sesama insan.
Saya juga mengajak anda semua turut sama berkongsi ide di caKap-caKap di alamat http://psychomatix.wordpress.com.
Sekian.
Salam.
salam...saya pun mohon halal saya copy post ini..terima kasih di atas ilmu yg dkongsi...
ReplyDeleteAssalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
ReplyDeleteSaya berterima kasih atas maklumat yang disediakan. Saya mendoakan semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah yang Maha Suci.
mohon dihalalkn sy utn copy ilmu ini...sy doakan semoga Allah merahmati saudara..
ReplyDeletesalam,boleh kah anda kongsikan pendapat mengenai perkara derma organ?
ReplyDelete