Wednesday, November 18, 2009

Khutbah Rasullullah [Malam Terakhir Sya'ban - Menjelang Ramadhan]

Posting ini diambil dari laman web rasmi Hizbut Tahrir Malaysia di http://mykhilafah.com.


Mari kita hayati bersama ...

Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan :

"Wahai manusia!

Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.

Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!

Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.

Wahai manusia!

Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!

Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.

Wahai manusia!

Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain.

Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.

Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka.

Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga."
[HR Ibnu Khuzaimah]

Tuesday, June 16, 2009

Kekeliruan Dalam Menjalankan Islam.

Berdasarkan perangkaan statistik peratusan Muslim di Malaysia pada tahun 2000 - jumlahnya adalah 59.1%. Ini tidak kira apa bangsanya. Ini adalah maklumat yang sahih setakat ini.


Apa pun - ini hanyalah angka yang menunjukkan jumlah orang Islam di Malaysia. Jumlah ini termasuklah menteri2 kabinet, artis2 serta penganggur2 yang wujud di Malaysia. Selagi agamanya adalah Islam - ia termasuk di dalam angka peratusan 59.1% itu.

Itu hanyalah angka. Apakah yang lebih penting selain daripada angka2 ini? Ia adalah kefahaman orang2 Islam sendiri di Malaysia ini berkenaan konsep Islam. Ini kerana walaupun kita menyebut diri kita adalah beragama Islam - namun di manakah kefahaman kita tentang tatacara hidup sebagai seorang yang menerima Islam? Sejauh manakah kita boleh memahami apa itu zalim, riba, halal/haram dan lain2 lagi?

Keadaan tipikal di Malaysia - apabila seseorang itu mula bercakap soal agama; pasti soal solatnya dipertikaikan dahulu. Bagi tipikal Muslim di Malaysia ini - hanya yang bekelulusan sekolah agama ataupun yang mana digelar ustaz2; barulah boleh bercakap berkenaan soal agama. Asalkan ingin memulakan diri bercakap soal agama - solat dan puasa diambil kira sebagai penentu sama ada boleh atau tidak untuk berbicara soal agama. Begitulah juga mengapa ada yang mengatakan politik tidak ada dalam Islam. Soal Islam hanya berkenaan ibadat semata2.

Aku sebagai salah seorang anak muda (yang berada di hujung2 usia muda) - merasakan sepatutnya lebih banyak disogok dengan ilmu2 agama dalam menjalankan hidup. Yang patut menyogok anak2 muda dengan ilmu2 Islam ini adalah para2 warga emas yang sepatutnya lebih berilmu dalam soal hukum hakam dan permasalahan agama. Sekurang2nya mereka boleh membantu anak2 muda mendapatkan jawapan bagi persoalan2 berkaitan tatacara hidup.

Namun begitu, hari ini - anak2 muda yang beragama Islam mengikut MyKad mereka - tidak memahami Islam selain dari mengetahui ianya adalah agama mereka. Ada yang mengatakan selagi mereka tidak mengaku kafir - maka mereka tetap Islam dan jangan dipersoalkan keIslaman mereka sekalipun mereka meminum arak.

Inilah yang menjadi masalah dalam dunia Islam di Malaysia ini. Yang menyedari dan cuba berubah dan melawan arus normal kebiasaan di Malaysia - biasanya dikecam dengan berbagai kata2 keramat bagaikan sudah menuju ke arah kekufuran. Lazimnya, akan dikaitkan dengan soal Tabligh ataupun Tarekat. Inilah yang menyukarkan lagi anak2 muda yang ingin berubah ke arah tatacara hidup yang lebih Islamic.

Kesimpulan artikel aku yang mudah ini - tanpa kita sedari - tanpa ilmu dan pengetahuan tentang Islam yang cukup, kita seringkali tidak nampak kesilapan malah lebih ke arah dosa yang dilakukan oleh kita semua. Kita tidak nampak kesyirikan yang kita amalkan, kezaliman yang kita lakukan atau riba yang kita jalankan. Wajah bagai profesor berjambang serta bercakap penuh istilah2 ekonomi ataupun psychology - belum tentu menunjukkan Islamnya kukuh. Ada yang berkobar2 bercakap soal mempertahankan bangsanya yang mana bagaikan bangsanya begitu mempertahakan Islamnya - ini semua adalah hak2 sementara yang melalaikan minda tipikal kita di Malaysia. Maka, ilmu agama adalah lebih penting untuk diterapkan dalam minda anak2 muda. Kerana - dalam Islam itu - semuanya tersedia untuk kita. Ilmu Islam tidak pernah habis untuk diteroka ...

Sunday, June 07, 2009

Kata Dari Jiwa.

Kadangkala, sekalipun kita rasa bagaikan kita mempunyai segalanya - sebenarnya jiwa kita masih kosong.

Kita memiliki karier terbaik di dunia. Kita memiliki kereta termewah di atas jalan raya. Kita tinggal di dalam sebuah rumah terhebat di maya pada. Itu semua masih tidak menjanjikan apa yg terbaik untuk kita hidup di muka bumi ini.

Islam. Tanpa kehidupan Islamic, yg menurut tatacara Islam sebagai Muslim - kita tetap menjadi kosong. Kita biasa meneguk air apa sekalipun - tanpa rahmat dariNya - ia hanya sesuatu yang kosong. Kita berkahwin tetapi tiada rahmat dariNya. Pergaduhan demi pertelingkahan menusuk masuk ke dalam hubungan suami isteri. Ini semua sesuatu yg menyedihkan bila mana kita sentiasa disogok dengan budaya bukan Islam yang akhirnya kita merasakan ianya lebih dekat dengan kita. Berpakaian paling seksi di kalangan masyarakat adalah sesuatu yang membanggakan. Kemenangan di balapan utk acara 100m pecut membanggakan sekalipun aurat ditelanjangkan.

Kita saban hari disogok dengan betapa kita lebih baik menjalankan amanah tuntutan dunia berbanding amanah Allah SWT. Jiwa kita masih kosong sebenarnya sekiranya itulah yg kita kekalkan saban hari.

Aku tertarik dengan kisah RIBA yang aku baca di sebuah artikel tempoh hari. Betapa kita setiap hari bertemu dengan kemugkaran. Malah kita berada di dalam sistem itu sendiri. Apa yg kita lakukan. Adakah kita mengatakan ianya sesuatu yang make sense kerana jika tidak bagaimana kita nak dptkan untung? Itulah yg biasanya diucapkan oleh org kita. Tapi, bagaimamana pula jikalau Bank bernamakan Islam juga mengamalkan riba?

Riba inilah yg menjauhkan kita daripada rahmat Allah SWT. Memang kita tidak tahu secara di mata kasar sama ada rahmat itu turun kepada kita atau tidak. Tetapi, adakah mengamalkan riba itu menjanjikan rahmatNya?

Semua rezeki yg kita punya dan cari selama ini yang kita katakan halal pasti diragui. Ya. Kita masih perlu mencari rezeki sebaiknya. Keluarga kita perlu diberikan nafkah. Maka, nafkah yg bagaimana? Jika tidak bekerja kita disamakan dengan penganggur lain yg memilih kerja. Sekiranya tidak kerja juga - bagaimana nak menyara keluarga.

Ini adalah dilema Muslim Malaysia yang berkehendakkan rahmat Allah SWT. Tetapi, mufti2 kita juga kebanyakannya tiada kata ke atas riba dan melihat kuasa itu lebih baik dari memenuhkan jiwa dengan Islam.

Aku tidak cukup bangga sebagai Muslim Malaysia tetapi aku akan tetap memenuhkan jiwa ini sebaik mungkin. Sebelum terlingkup di titi yang satu ...

Subhanallah ...

Tuesday, June 02, 2009

Mentaliti Anak Muda : Di Hadapan Mata.

Aku berdepan dengan berbagai kerenah anak muda yang jauh ketinggalan pengalaman hidup serta bebanan tanggungjawab. Ini adalah sesuatu yang agak menyukarkan ketika aku mula memahami konsep 'matang berfikir'. Apa yang menariknya, anak muda sentiasa mahukan diri mereka kelihatan matang berfikir dan mula melenting apabila mereka dikritik. Ini adalah situasi yang selalu aku hadapi di tahun2 kebelakangan ini.


Aku akui aku juga muda dan aku juga di hujung2 usia muda. Akan tetapi, kematangan berfikir adalah merujuk kepada bagaimana tahap fleksibel kita dalam menerima kritikan ataupun pendapat serta cara berhujah dalam sesuatu isu. Inilah yang kurang dididik kepada anak2 muda hari ini yang rata2 berpendapat memegang segulung ijazah ataupun pelajar terbaik - merupakan satu tiket untuk kelihatan matang dalam masyarakat.

Kesan dari pemikiran mereka yang sebegitu telah menyebabkan mereka mula membuat sesuatu keputusan tanpa mengambil kira pendapat individu2 yang juga terlibat di dalam keputusan yang diambil. Inilah yang terjadi kepada Malaysia hari ini apabila pemikiran 'muda' sebegini menular bukan sahaja di kalangan yang betul2 muda - malah yang lebih berusia dari belia.

Satu bahagian dalam konsep 'matang berfikir' ini ialah soal patut atau tidak. Soal ini aku timbulkan kerana kadangkala apa yang kita lakukan seakan2 betul dalam konteks bioleh dilakukan atau tidak. Tapi kebiasaan yang dipraktikkan oleh anak2 muda ini ialah TIDAK memikirkan soal patut atau tidak mereka melakukannya. Inilah yang mewujudkan konsep 'jangan persoal personal life aku' walaupun mereka sedang melakukan sesuatu yang melibatkan individu lain.Bagi kebanyakan mereka, apa yang mereka lakukan adalah hak mereka dan tidak perlu berbincang dengan mana2 pihak walaupun ia melibatkan individu lain. Konsep itu akan bersambungan dengan kenyataan mereka,"Aku dah memang macam ni. Aku tak nak hipokrit jadi orang lain." 

Mungkin yang sedang melayari blog ini - in any chance - boleh memikirkan satu usaha untuk menyedarkan anak2 muda ini supaya 'matang berfikir' dan bukan hanya kelihatan matang. Insya Allah.


Sunday, February 22, 2009

Kehidupan Remaja Kota.

Seorang rakan serumah - sudahpun meninggalkan A 302 dan menuju ke Merbok, Kedah untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang pensyarah fotografi. Pada umur yang leboh muda dari aku - dia sempat aku susuri untuk memahami kehendak dan pandangan seorang yang muda dan belum besar fikirnya.

Aku masih mempunyai seorang rakan muda yang serumah.

2 insan ini aku lihat sentiasa melihat 'tua' itu terletak di atas kejayaan mengumpul sesuatu dalam hidupnya. Ini adalah suatu kebiasaan yang aku kira - sememangnya tidak salah kalau aku katakan pemikiran anak muda yang lahir 1984 dan tahun2 seterusnya selepas itu. Ini kerana mereka tidak sempat melihat kesengsaraan remaja yang sebelum2nya.

Sebab itulah adanya seseorang yg semuda itu mendakwa walaupun dirinya bertindik sana dan sini - ilmu agam dia tetap tahu. Inilah padahnya bila proses remaja itu berjalan dengan kurangnya kasih sayang masyarakat. Masyarakat juga memandang tidak perlu memberi kasih sayang kepada mereka.

Konsep "biarlah ... bukan anak aku pun" terlalu meluas hinggakan tiada lagi yang sanggup memarahi anak2 muda yang berpeleseran di kaki lima bangunan. Sungguh berbeza dengan zaman aku.

Prinsip anak muda hari ini - apa yang mereka lakukan adalah hak mereka dan tidak salah selagi mereka tidak membuat jenayah. Inilah masalahnya bila mereka membawa budaya ini ke alam perkahwinan. Di situlah juga kita akan lihat anak2 kecil yang menjadi tanggungjawab mereka dipakaikan dengan berbagai koleksi fesyen yang tidak mencerminkan akidah. Ada anak lelaki yang ditindik ataupun sekurang2nya dipakaikan subang tiruan - hanya dikepit saja ke telinga.

Inilah yang terjadi kepada remaja hari ini.

Namun apa yang terjadi - tidak juga melupai retua retua yang perasan muda. Ada juga yang sebaya aku memikirkan kesopanan itu hanya fake dan menjaga tutur kata itu fake. Bagi mereka bagaimana mereka bercakap itulah diri mereka dan tidak dpt diubah lagi kerana faktor umur. Bagi mereka selagi makan pakai keluarga dijaga dengan baik - anak2 mereka juga akan menjadi org yang berguna.

Insya Allah - dengan izinNya dan kuasaNya; anak2 mereka ini akan membentuk diri menjadi diri yang berguna. Tetapi harus diingat kita hidup bermasyarakat. Kita bukan seorang diri di dunia. Anak2 kita bukan bersama dengan kita ketika mengambil peperiksaan di kolej mereka. Di mana kita bila mereka melakukan aktiviti sendiri? Mampukah kita memarahi mereka sekiraya lewat pulang sehingga awal pagi keluar bersama rakan2 mereka?

Di sinilah konsep "biarlah" itu menjadi kebanggaan para remaja yang sudah berkahwin hari ini lalu membentuk sebuah keluarga yang tidak jauh beza dengan kehidupan mereka di awal sebelum berkahwin.

Begitu juga dengan 2 rakan ku dan tidak lupa yang seangkatan dengan mereka.

Kalau agama mereka tinggal dan hanya mengatakan mengarut sekiranya ada yang bercakap berkenaan hukum hakam Islam dan seterusnya mereka membuka ilmu pengetahuan mereka untuk mendiamkan masyarakat yang menegur ... nah di sinilah para ibu dan bapa yang masih lagi hidup di zaman ini. Yang berumur 40 ke 60 tahun hari ini - silalah titikberatkan ilmu agama semula dalam kehidupan anak2 mereka sekalipun tidak cukup masa yang ada.

March nanti akan ada penyewa yang baru menggantikan rakan serumahku yang dulu. Dengan usianya yang lebih tua dari aku dan mendakwa seorang engineer di TM - aku sesungguhnya mengharapkan ia bersikap seperti seorang yang lebih tua. Aku tidak mahu sesuatu yang lebih buruk memasuki rumahku ... tidak kira dalam bentuk apa sekalipun.

Ya Allah - sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang ada dalam hatiku!

Friday, December 26, 2008

KacaMata PsychoMatix.

Kini, PsychoMatix sudah melancarkan sebuah laman fotopages sebagai satu ruang memori untuk tatapan para sahabat.

Layarinya di http://psychomatix.fotopages.com.

Lihat dan bicarakan soal memorinya ...

Friday, November 21, 2008

Renungan Kita : Jika Surga & Neraka Tak Pernah Ada

Sebuah lagu yang melodinya diambil dari lagu Stephen Simmonds "Tears Never Dry", kemudiannya dibikin semula menjadi lagu "Jika Surga Dan Neraka Tak Pernah Ada". Di dendangkan oleh Ahmad Dhani dan Chrisye semasa hayatnya.

Timbang2kan persoalan ini ...

Apakah kita semua, benar-benar tulus menyambah padaNya?
Atau mungkin kita hanya, takut pada neraka, dan inginkan surga

Reff:
Jika surga dan neraka tak pernah ada, masihkah kau sujud kepadaNya?
Jika surga dan neraka tak pernah ada, masihkah kau, menyebut namaNya?

Bisakah kita semua benar-benar sujud, sepenuh hati?
Karena sungguh memang Dia, memang pantas disembah, memang pantas dipuja.

Tuesday, November 04, 2008

Little Wing : Dalam Ingatan.

Little Wing wujud pada penghujung tahun 2006 di Kelana Putri, Kelana Jaya.

Bermula dengan Faeiz dan Alman yang sering jamming bersama sama rakan2 di FIM akhirnya membuahkan ide untuk menubuhkan sebuah band. Beberapa rakan di FIM yang juga boleh beraksi dengan baik dan mempunyai selera muzik yang hampir sama - tidak membuahkan sebuah band. Nyata mereka berdua lebih meyakini rakan lama seperti Amir dan Dani untuk membarisi ruang hadapan band ini.

Fayadh yang merupakan adik kepada Faeiz juga menjadi bassist bagi Little Wing.

Seperti nama Little Wing yang diangkat sempena sebuah lagu blues - karya Jimi Hendrix; band ini lebih menumpukan kepada blues tracks sebagai influence utama. Begitu juga dengan karya2 Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa 19.

Little Wing mendapat projek terbaik untuk membuat persembahan di majlis makan malam sempena Konvokesyen UNITAR anjuran fakulti FHSS. Beberapa persembahan sebelum itu juga tampak berjaya.

Kini Little Wing sudah mengakhiri zamannya dan semua ahli sudah berpecah ke arah hidup masing2. Namun, Little Wing tetap dalam ingatan kerana sepanjang tempoh yang singkat itu Little Wing telah berjaya menjadi kugiran yang mempunyai peluang yang cerah untuk meningkat naik. Arigato Little Wing!


video

Perjalananku Pulang.

Sudah lama tidak pulang ke Taiping. Sabtu lepas aku pulang ke Taiping lagi.

Bas Ekspres Konsortium telah menjadi nadi pembawa pulang ke tanah tumpah tempat lahir. Perjalanan pulang ini adalah demi rindu dan urusan besar hidup aku. Mendirikan masjid bak kata kebanyakan adalah urusan penting. Penting demi kasih sayang yang wujud di antara 2 insan.

Habis bekerja di hari Sabtu pada jam 1.00 tengah hari - aku terus menggunakan bas Metro dari perhentian bas Mid Valley di Lebuhraya Persekutuan menuju ke Kota Raya. Sesampai di sana - kemudiannya aku berjalan kaki ke Pudu. Waktu masih awal. Setengah jam lagi sebelum bas sampai.

Aku melihat di tiket dan terpampang tulisan tangan bertulis "P 19". Ku kirakan ianya adalah merujuk kepada Platform 19. Ianya benar dan aku kelihatan sebuah bas konsortium tanpa pemandu berada di barisan hadapan sekali. Lalu ku tanyakan pada pemandu yang kemudiannya datang untuk menghidupkan enjin bas. Nyata benar sekali lagi.

Kemudiannya, setelah lama menunggu - bas bergerak pada jam 2.45 petang. Tidak berapa ramai yang menaiki bas pada hari itu.

Bas berhenti seketika di sebuah RnR tetapi bukan di Tapah. Aku mengharapkan bas akan berhenti di Tapah. Sedih.

Aku kemudiannya sampai di Taiping pada jam 6.15 petang. Aku hanya turun di Simpang dan mengambil teksi ke 'destinasi kasih sayang'. Ketibaanku disambut denga senyuman comel yang telah aku kenal sejak 11 tahun lepas. Aku masih menyayangi senyuman yang sama. Biarpun telah banyak kesilapan aku lakukan sepanjang perkenalan itu.

Berlegar di ruang ingatan aku - betapa aku banyak mengkaji kehidupan bersama sang kasih yang lainnya - yang bukan aku faham erti sayang mereka. Aku minta maaf pada semua yang aku zalimi seandainya begitulah susuk tubuh ini. Yang aku kenal - hanya diri yang hina di sisiNya ini adalah mempunyai kasih kepada rusuk kiri yang telah melengkapi hidup sejak 11 tahun dulu.

Perbincangan soal perkahwinan bersama sang kasih amat meruntun jiwa yang mahukan seorang teman yang bersama membentuk keluarga. Aku kirakan masa setahun itu tidak lama. Ini aku sedar kerana memori 98 bagaikan semalam. Maka, memori 2008 juga tidak begitu lama untuk diingati semula tahun hadapan. Akan aku laksanakan tuntutan kehidupan.

Ahad lepas juga menjadikan aku seorang ahli keluarga yang dipandang wujud di mata, bukan mainan kata. Seronok bila susuk tubuh ini menjadi pahlawan keluarga yang sulung. Bukanlah seketika tapi kenyataan buat selamanya.

Masa yang mencemburui juga membawa aku ke waktu terlangsungnya perancangan pulang ke kota Damai. Maka, teksi pula kemudiannya membawa aku ke Stesen Keretapi Taiping. Senyuman dan kata2 manis buat menemani saat perjalanan aku pulang - membahagiakan.

Aku menaiki gerabak Q2 di tempat duduk 9D. Berada di gerabak terkebelakang sekali. Tempat duduknya bolehlah dikatakan selesa. Tetapi, cahaya terang menjadikan tidur sedikit bangun dan tidur dan bangun semula. Setelah 6 jam perjalanan, akhirnya aku tiba di Stesen Komuter Sungai Buloh. Di sinilah aku akhirnya mengambil keputusan untuk pulang berjalan kaki bersama 2 warga kota Damai yang juga mencari kenderaan awam untuk pulang.

Setengah jam kemudian aku tiba di bilik tengah 'apartment setahun'ku. Leganya perjalanan dan akhirnya aku tiba di bilik sendiri. Walaupun ada kata2 "no better place than home" - aku kirakan tuntutan hidup ingin bersama kasih sayang lebih mengatasi kepuasan ruang lingkup ini. Aku makin bersemangat untuk menuju lapangan perkahwinan. Aku ingin ketemu impian kesayanganku.

Hari ini aku di tapak kewanganku semula. Di sinilah susur hati yang dianyam bersama usaha memiliki sang kasih. Kata2 bukan mainan - aku bukan hanya memasang impian!

Friday, August 08, 2008

Warna Hari Aku.

Melangkah ke pertengahan 20an adalah sesuatu yang agak memeranjat sekiranya aku pulang ke tahun 1990 dan berjumpa aku yang dulu.

Adakah millions of people yang aku dah jumpa? Adakah dah thousands of human insane yang aku dah lihat?

Warna aku hari ini adalah pelangi. Aku punya 2 personaliti major yang aku namakan A & B. Loud and outspoken adalah kategori A. Manakala seorang pemerhati dan pemikir bagi kategori B. Di kedua2nya ada titik persamaan. Tingkah lucu aku masih kuat dalam diri. Yang membezakan adalah jumlah perkataan dalam satu jam. Itulah beza yang mudah dikesan dalam 2 personaliti aku.

Warna aku adalah pelangi.

Aku berinteraksi dengan setiap orang secara spesifik sifatnya yang aku boleh baca. Bacaan aku mungkin sedikit terkeluar paksi meter tapi secara asasnya aku tahu siapa di hadapan aku. Di situlah aku berjaya dalam dunia kasar pemasaran. Kasar yang memerlukan sikap tegas dalam berkata2. Lembut dan menerima hinaan bukanlah dunia pemasaran. Langkah perlu kejap dan tegap sebelum berada dalam dunia pemasaran. Apa pun,aku juga sudah melangkah keluar dari dunia pemasaran untuk produk orang lain. Kini aku pasarkan kemahiran sendiri.

Warna pelangi. Warna yang menjadikan aku insan hari ini. Aku sangat fleksibel!

Thursday, August 07, 2008

A302 : New Run!

Persinggahan terbaru aku di Damai nampaknya bermula dengan baik. Barang2 asa juga sudah disiapkan dengan kos yang agak tinggi. Perubahan ketara yang aku alami berbanding kali pertama berbujang diri.

Bersama 2 lagi rakan2 muda yang bawah 2 tahun dari aku - kehidupan baru bermula dengan kos hidup yang baru. Setelah penat di bulan pertama - nampaknya bulan kedua dan seterusnya akan membawa aku ke dunia yang lebih mudah. Mudah menyimpan dan mudah berbelanja. Yang kategori 2 tu aku kena kawal sikit.

Sesungguhnya, aku tidak mungkin akan kehilangan respect seperti yang aku alami sebelum2 ini. Taring anak2 muda di bawah aku semakin timbul bila mana aku terlalu soft. Aku sendiri peribadinya begitu. Soft dan happy-pergi-bertuah. Tapi, apa pun kepala aku bukan untuk dilanggar sesuka hati dan kata2 yang menikam kalbu tidak kira awak orang mana - tidak boleh aku terima sekiranya tidak dilapik dengan kemas.

Dengan agreement yang berada di bawah nama aku - aku berhak menentukan hala tuju rumah baru aku. Semestinya aku mahukan rakan2 yang lebih menghormati sesama sendiri dan tidak menyelami peribadi rakan yang lain sehingga menekan hidup kawan. Nah. Di sinilah aku rasakan kejayaan telah aku capai di B1013A dulu.

Kini,aku coretkan bahawasanya aku akan menimbulkan personaliti B aku yang mana lebih banyak mendiamkan diri dan melihat sejauh mana keadaan yang menekan aku akan berlangsung. Maaflah kawan2 aku yang baru mengenali aku - aku bukan jejaka 2007 lagi.

Friday, August 01, 2008

Bertapak di Damansara Damai

Setelah setahun bermula Mei 2007, akhirnya aku berpindah keluar dari sebuah kondo yang aku rasakan cukup dari segala segi.

Palm Spring.

Dulunya di bawah pihak pengurusan PSD (Palm Spring Development) tetapi sejak beberapa bulan lau diambil alih oleh JMB (Joint Management Body). Tapi, aku berpindah keluar bukanlah utamanya kerana pengurusan bertukar tangan tetapi tuan rumah yang menginginkan kembali unit rumahnya.

Kerja2 aku agak tergendala akibat 3 hari berturut2 aku bertungkus lumus untuk memindahkan barang2 aku ke rumah baru. Di Damansara Damai. tempatnya cukup damai. Sesuai untuk aku menjalankan kerja audio aku. Mana boleh buat jingle sambil telinga terlingkup dengan bunyi orang memaku dinding. Salah beat aku karang.

Maka, sekarang paksi aku bermula di Damansara Damai bermula 1 Ogos 2008. Doakan kejayaan aku di sini. Semoga murah rezeki - bukan aku seorang tetapi moga dimurahkan rezeki untuk kita semua. Amin.

Tuesday, June 17, 2008

Pengertian Bacaan Dalam Solat.

Solat.

1. Solat dimulakan dengan Takbir. Allah Maha Besar!

2. Sebelum Al-Fatihah dibacakan Doa Iftitah.

Makna Ayat:

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya *** Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang *** Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik *** Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan Sekalian alam *** Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

3. Bacaan Al-Fatihah.

Makna Ayat:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam *** Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani *** Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) *** Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan *** Tunjukilah kami jalan yang lurus *** Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


4. Rukuk.

Makna Ayat:

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

5. Bangun Dari Rukuk.

Makna Ayat:

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

6. Iktidal (Berdiri Sebelum Sujud).

Makna Ayat:

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

7. Sujud.

Makna Ayat:

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

8. Duduk Antara 2 Sujud.

Makna Ayat:

Ya Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

9. Tahiyat Awal.

Makna Ayat:

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah *** Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya *** Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh *** Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah *** Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

10. Tahiyat Akhir.

Makna Ayat:

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah *** Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya *** Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh *** Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah *** Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya *** Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim *** Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini *** Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

11. Doa Qunut.

Makna Ayat:

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki *** Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan *** Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin *** Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku *** Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan *** Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau *** Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu *** Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi *** Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau *** Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan *** Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau *** Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Thursday, June 12, 2008

Al Baqarah : Sapi Betina [sambungan ...]

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?". Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim. Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil kami berfirman): "Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)". Mereka menjawab: "Kami dengar, dan kami menderhaka". Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad):" Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman". Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): "Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar". Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman". Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir. Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik. Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman.

(ayat 91 - 100 dari Surah Al Baqarah : terjemahan courtesy of http://www.iiu.edu.my)

Wednesday, June 11, 2008

Al Baqarah : Sapi Betina [sambungan ...]

Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya? Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman. Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu. Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad s.a.w). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu, dan orang-orang yang kafir itu akan beroleh azab sengsara yang menghinakan.

(ayat 86 - 90 dari Surah Al Baqarah : terjemahan courtesy of http://www.iiu.edu.my)

Saturday, May 24, 2008

Al Baqarah : Sapi Betina [sambungan ...]

Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman"; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: "Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?" (Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan? Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja. Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya. Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya. Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: "(Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing". Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu, dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya). Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

(ayat 76 - 85 dari Surah Al Baqarah : terjemahan courtesy of http://www.iiu.edu.my)

Wednesday, May 07, 2008

Al Baqarah : Sapi Betina [sambungan ...]

Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)". Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya". Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya". Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)".

Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu. Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan. Maka Kami (Allah) berfirman: "Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu" (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya. Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. (Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?

(ayat 66 - 75 dari Surah Al Baqarah : terjemahan courtesy of http://www.iiu.edu.my)

Tuesday, May 06, 2008

Al Baqarah : Sapi Betina [sambungan ...]

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman): "Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa. Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi. Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".

(ayat 61 - 65 dari Surah Al Baqarah : terjemahan courtesy of http://www.iiu.edu.my)

Wednesday, April 16, 2008

Al Baqarah : Sapi Betina [sambungan ...]

Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri). Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur. Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk. Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani". Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.

Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur. Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa kami '; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik". Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka). Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), folalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

(ayat 51 - 60 dari Surah Al Baqarah : terjemahan courtesy of http://www.iiu.edu.my)

Jika Surga dan Neraka tak pernah ada : Chrisye feat Dhani

Jika Surga dan Neraka tak pernah ada
(Based on the song "Tears Never Dry" written & Performed by Stephen Simmonds)
Vokal: Chrisye, Dhani Ahmad
Musik & Lirik : Stephen Simmonds
Lirik : Dhani Ahmad

Apakah kita semua,
benar-benar tulus
menyembah padaNya?

Atau mungkin kita hanya,
takut pada neraka,
dan inginkan surga.

Jika surga dan neraka tak pernah ada, masihkah kau sujud kepadaNya?
Jika surga dan neraka tak pernah ada, masihkah kau, menyebut namaNya?

Bisakah kita semua
benar-benar sujud,
sepenuh hati?

Karena sungguh memang Dia,
memang pantas disembah,
memang pantas dipuja.

Monday, April 14, 2008

Al Baqarah : Sapi Betina [sambungan ...]

Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa. Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya). Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan. Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu. Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.

(ayat 41 - 50 dari Surah Al Baqarah : terjemahan courtesy of http://www.iiu.edu.my)

Saturday, April 12, 2008

Al Baqarah : Sapi Betina [sambungan ...]

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?". Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita". Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).

(ayat 31 - 40 dari Surah Al Baqarah : terjemahan courtesy of http://www.iiu.edu.my)

Friday, April 11, 2008

Al Baqarah : Sapi Betina [sambungan ...]

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik; (Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

(ayat 26 - 30 dari Surah Al Baqarah : terjemahan courtesy of http://www.iiu.edu.my)

Thursday, April 10, 2008

Al Baqarah : Sapi Betina [sambungan ...]

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.

(ayat 21 - 25 dari Surah Al Baqarah : terjemahan courtesy of http://www.iiu.edu.my)

Wednesday, April 09, 2008

PERPADUAN.

Surah Al-Hujuraat, Terjemahan Ayat 13.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

(Sumber dari http://www.iiu.edu.my)

Tuesday, April 08, 2008

Al Baqarah : Sapi Betina [sambungan ...]

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan". Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)". Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(ayat 11 - 20 dari Surah Al Baqarah : terjemahan courtesy of http://www.iiu.edu.my)

Thursday, April 03, 2008

DUKA NOTEBOOK : Trojan Attack!

Aku punya sedih la mengenangkan apa yang terjadi 2-3 hari lepas. Balik je dari Muar (Nazgul Wed) - aku terus pegi update virus memandangkan aku terasa something wrong dengan notebook aku. Update dah Avira aku - lalu aku pulang ke rumah macam biasa dan running Avira. Sekali das datang macam2 detection dari Avira. Semua datang TR je. Aku pun applykan delete semua yang didetect tu. Aku pegi mandi & bersiap nak dinner macam biasa.

Lagi satu das tak abis2 dekat 2 jam scanning tu berjalan. Abis je - aku terus restart windows. Macam biasa aku boleh login semua. Tetapi, aku punya desktop tak kuar2. Right click pun tak boleh. Yang terpampang cuma wallpaper batman aku je. Ape taskbar pun tak kuar.

Memula aku try restart bebanyak kali dulu. Tak jadik apa2 jugak. Aku just terpikir untuk format je. Aku pun amik CD Windows Installer yang aku burn dari Nazgul - sekali das lagi, tak boleh read pulak. Aku dah banyak kali burn CD Windows. Dah bermacam Windows aku p****ekan untuk kegunaan sendiri (bukan wat bisnes) - inilah kali pertama aku tak dapat runkan CD Windows yang aku burn. Takpe, ok lagi.

Aku kol Nazgul - buat pengesahan bahawa CD asal yang ada pada dia tu boleh digunakan. Dia kata ok jek. Takpelah, mungkin ada apa2 kesilapan berlaku kan. Mawi pun nyanyi boleh lupa lirik kan. Gusi pun kadang2 gatal, kan. Inikan pulak burn CD Windows.

Aku tunggu Big Show balik umah. Aku pun pinjam CD Windows dia dan format. Memula 3-4 kali degil benar. Boleh pulak sistem displaykan katanya aku punya hard drive error. Aku try jugak la 5-6 kali. Finally dah boleh format.

Selesai format (lebey kurang jam 2 pagi) - aku pun installkan tools2 penting seperti Photoshop, Illustrator, Mixcraft, Fruity Loop etc. Dah install - macam biasa laa kena restart windows.

Last punya das - folder image aku hilang. Bukan la hilang exactly - folder tu ada. Icon dah bertukar. Tapi double click or nak access tak boleh. Boleh sistem prohibit aku dari open folder tu. Size pun 0Kb. Agak2 aku tu memang dah confirm la semua content folder tu bincau.

Takpe laa ... mungkin ada rahmatnya di sebalik yang terjadi tu. Tapi paling tension adalah kerana aku kehilangan foto2 yang aku beru je transferkan ke folder tu - iaitu foto2 kenduri Nazgul yang aku amik masa kat Muar. Aku baru cadang nak upkan kat FlickR untuk berkongsi dengan member2 fotographer seperti Udey dan Opy.

Anyway, selamat pengantin baru kepada Nazri Razman!

Thursday, March 27, 2008

Al Baqarah : Sapi Betina [sambungan ...]

Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

(ayat 6 - 10 dari Surah Al Baqarah : terjemahan courtesy of http://www.iiu.edu.my)

Wednesday, March 26, 2008

Al Baqarah : Sapi Betina

Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

(5 potongan ayat dari Surah Al Baqarah - courtesy of http://www.iiu.edu.my)

Al-Fatihah : Pembuka Kata

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Amin.

(courtesy of http://www.iiu.edu.my)

Saturday, November 25, 2006

Its all YOUR faulT!

Semua salahmu ...

Yaa... semua itu salahmu!
Aku diberikan peluang untuk mengubah hidupku.
Aku diberikan nafas untuk selesa hidup.
Aku diberikan akal untuk teruskan hidup.
Tapi - kegagalan itu adalah keranamu!

Semua itu salahmu.

Telah sedekad aku melalui keperitan.
Aku lalui kegembiraan yang telah membunuhku.
Aku lalui jatuh bangun yang tiada berpenghujung.
Aku rentap naluri aku sendiri -
dan akhirnya : aku jatuh lagi ...

Semua itu salahmu.

Aku sedih kerana diberikan pilihan itu
Namun hakikat hati dan diri ini -
telah pun terkandas di sisi kesalahan diri.

Dan salah itu tetap salahmu ...
wahai diriku : salah itu adalah

SALAHMU!

Monday, April 24, 2006

RANtAi_1!

Rantai ini aku genggam ... aku genggam
aku genggam seeratnya kerana aku takut kehilangan
kehilangan yang pernah aku rasakan
seolah dunia ini kegelapan.

Tapi rantai ini tiada di tangan
aku tahu itu hanya khayalan...khayalan di kala kesunyian
seolah aku hanya kenal bayangan
dan bukan kenyataan.

Rantai itu rupanya hanya seutas tali
seutas tali yang ku pegang kerana
aku mahukan ia menjadi rantai
rantai yang ku cari-cari
tapi tak mungkin aku temui.

Sungguhpun aku berbangga kerana memiliki
satu tali yang utuh di sisi
dunia melihatnya keji ... tiada apa ku miliki!
Sungguh ia tiada beerti!

Lantas apa yang ku lakukan
Ku teruskan jalan ... ku songsangkan khayalan
menjadi realiti dan harapan
agar rantai tak kuperlukan
tali jua akan dimartabatkan!

amiin...